16 Makanan Yang Tidak Patut Ada Dalam Peti Sejuk

22072

Untuk memastikan makanan tahan lama, anda pasti akan terfikir untuk memasukkannya ke dalam peti ais. Namun, tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti ais. Ada yang perlu diletakkan di luar sahaja. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan apakah jenis makanan yang kami maksudkan itu. Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui bahawa selama ini, anda telah tersilap dalam cara menyimpan beberapa jenis makanan tersebut.

Avokado

avokado
Sumber: Pexels.com

Jika anda selalu membeli avokado, anda pasti perasan yang ia biasanya masih belum masak dengan sempurna. Untuk mematangkannya, anda harus menyimpannya pada suhu bilik dan bukan di dalam peti ais. Penyejukan hanya diperlukan sekiranya ia sudah masak dan anda masih belum ingin memakannya. Ini kerana, sebaik sahaja ia disimpan di dalam peti ais, ia akan berhenti daripada masak. Avokado mengambil masa antara dua hingga empat hari untuk masak dengan sempurna. Apabila ia telah masak sepenuhnya, ia boleh disimpan di dalam peti ais sehingga 7 hari.

Bawang

- Iklan -

bawang
Sumber: Pexels.com

Bawang tidak boleh disimpan di dalam peti ais sama ada sudah dipotong atau belum dipotong lagi. Ia memerlukan udara untuk kekal kering dan segar. Bawang perlu disimpan di ruang terbuka di dapur anda. Kelembapan tidak bagus untuk bawang. Ia akan mempercepatkan proses penuaan dan menjadikannya cepat busuk. Bawang hanya bertahan selama beberapa jam selepas ianya dipotong. Oleh itu, ia tidak boleh disimpan di dalam peti ais atau ia akan menyerap kelembapan peti ais dan akan hilang keseluruhan rasanya.

- Iklan -