Cara Mudah Menghilangkan Semut Di Taman Anda: Hanya Letakkan Atas Tanah, Keesokan Harinya Semut Hilang!

72804

Petua terbaik untuk sesiapa yang mahu menghilangkan semut dari rumah atau taman anda!

Semut tidak begitu berbeza dengan kita. Seperti kita, mereka mencari makanan, tempat tinggal, dan air. Pada tahun lepas, terdapat semut yang masuk ke bawah teres, dan kami dapati ada beberapa busut di sana. Ini menyebabkan masalah kepada kami terutamanya ketika memasak barbeku atau makan buah-buahan kerana semut ada di mana-mana sahaja.

Berkat idea ini, kami berjaya menghilangkan semut dengan cepat dan berkesan. Saya sangat mengesyorkannya!

Bahan yang diperlukan:

  • 500 ml air
  • 5 g asid borik
  • Dua kupas kulit pisang

Keajaiban kulit pisang!

www.farmersalmanac.com/

Bahan paling utama, sediakan dua kupas pisang. Buah pisang adalah makanan pemberi tenaga yang tinggi dan rasanya cukup enak dimakan begitu sahaja. Biasanya kita akan ambil isinya kemudian kulitnya terus dibuang kerana tiada guna tetapi sebenarnya, sangatlah rugi jika dibuang kulit pisang.

Sesungguhnya, ada banyak ‘keajaiban’ tersembunyi yang boleh dimanfaatkan dari kulit pisang yang jarang orang tahu. Dari menjaga kecantikan wajah, kepada membersihkan barangan hinggalah kepada menjadi penghalau perosak semulajadi.

Gabungan air dan asid yang mantap!

- Iklan -

www.fabhow.com/

Gunakan cawan penyukat dan sukat sehingga 500 ml air panas atau air suam (jangan gunakan air paip) kemudian tuang air tersebut ke dalam mangkuk. Tambah 5g asid borik dan kacau dengan teliti. Tujuannya adalah untuk melarutkan asid sepenuhnya.

Asid borik yang bertindak sebagai racun perlahan, adalah bahan yang berkesan dalam umpan semut. Selain daripada itu, jika anda lihat ada lubang sarang semut di taman, anda juga boleh tuangkan air mendidih ke dalamnya.

- Iklan -