Apabila doktor memeriksa telinganya, dia berkata, “Anda tidak akan percayakannya”

1119

Sehari sebelum penemuan aneh di hospital

makan malam
Sumber: Daily-goals.com

Mesti lumpur yang masuk dalam telinga, fikir ibunya, cuba untuk meremehkan masalah itu. Dia membawa anaknya ke bilik mandi, memandikan dan menggosoknya dari kepala hingga kaki. Selepas beberapa saat sahaja, air mandian yang mengalir itu betul-betul hitam. Tetapi, walau sebersih mana pun dia membasuhnya, Luc tetap menggaru telinganya.

Kemudian, mereka pun duduk makan malam. Rambutnya disisir kemas dan dia memakai kemeja putih. Pinggan makanan kegemarannya betul-betul di hadapannya, tetapi dia tidak makan sesuap pun. Apabila Romy bertanya kepada anaknya sama ada dia okay atau tidak, dia lihat anaknya berkelakuan pelik…

Anak lelakinya tidak faham sepatah pun yang ibunya katakan kepadanya. Adakah dia sudah mula kehilangan pendengarannya?

Mulai berkelakuan pelik

- Iklan -

bilik bersepah
Sumber: Daily-goals.com

Luc tidak menjawab apa-apa. Dia merenung tepat ke hadapan dan meletakkan tangannya di telinga. Apabila Romy melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukanya, barulah anaknya tersedar dari lamunan.

Dia mula menangis dan berlari ke atas. Panik, ibunya mengikutnya. Dia takut ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya.

Dengan perlahan-lahan, dia menghulurkan tangannya ke arah pemegang pintu bilik tidurnya. Dengan gementar, dia membuka pintu bilik anaknya. Pintu terbuka dan dia melihat keadaan bilik anaknya. Ia jelas keadaan huru-hara.

- Iklan -