Petani ini pasang kamera untuk lihat mengapa harimau bintang datang setiap malam

64660

Sains telah melakukan penyelidikan mendalam selama bertahun-tahun mengenai hukum alam. Setakat ini, kita memahami cara haiwan berkelakuan dan lumrah kehidupan dunia liar di mana terdaptnya mangsa dan juga pemangsa.

Tetapi, walaupun kita ingin mempercayai bahawa kita sudah pun mengenali haiwan, kita sebenarnya masih belum dapat memahami fitrah haiwan secara sepenuhnya. Kadangkala, haiwan akan berkelakuan luar dari kebiasaan dan mengejutkan kita. Samalah seperti satu kisah harimau bintang ini, di mana ia berkelakuan pelik dan mengelirukan penduduk kampung.

Kisah terjadi di India

harimau bintang
Sumber: Greedyfinance.com

Semuanya bermula apabila seorang petani di India menyedari bahawa seekor harimau bintang telah memasuki kawasan rumahnya pada suatu malam. Dia tinggal di perkampungan Antoli di Gujerat, India. Harimau bintang ini dikatakan telah menerkam dan memakan lembu dan haiwan kecil lain di kampung tersebut.

Petani berjaga-jaga

- Iklan -

harimau kumbang malam
Sumber: Greedyfinance.com

Sudah tentu petani ini bimbang akan keselamatan keluarganya. Dia tidak mempunyai sebarang senjata untuk mempertahankan dirinya, jadi dia sentiasa berjaga setiap malam untuk mengawasi kawasan rumahnya, sehinggalah dia melihat harimau bintang itu beredar beberapa jam kemudian.

- Iklan -