Sebab mengapa anda perlu berhenti membuang daun tunas pada nanas

1032
cara tanam nanas
Sumber: Consejosytrucos.co

Nanas selalunya menjadi salah satu buah yang sering kita fikirkan apabila kita bercakap tentang buah-buahan tropika. Ia juga menjadi hidangan buah yang biasa dipilih pada hari yang panas. Cahaya matahari dan sepotong nanas yang manis dan enak sememangnya satu gabungan yang mantap.

Ia adalah salah satu buah yang paling popular di seluruh dunia. Ia digunakan untuk tujuan kulinari dan juga untuk tujuan bukan masakan. Tumbuhan ini dahulunya hanya ditemui di Amerika Selatan, tetapi hari ini, anda boleh melihatnya tumbuh di dalam rumah hijau dan ladang tropika di seluruh dunia. Dan adakah anda tahu bahawa anda juga boleh membuat minuman yang sangat sihat bersama sekali dengan kulitnya?

Pulpa, jus dan kulitnya bukan satu-satunya perkara yang boleh anda gunakan. Daun tunas di atas nenas pun jangan dibuang! Kami akan berkongsi dengan anda apa yang boleh anda lakukan dengannya.

- Iklan -