Biasanya kita mempunyai tanggapan bahawa anjing adalah seekor haiwan yang baik dan penyayang manakala kucing pula lebih bersikap dingin dan tidak begitu manja. Ia sudah menjadi persepsi umum, tetapi lain pula ceritanya kali ini. Apa yang berlaku apabila sikap dua haiwan ini adalah sebaliknya dalam kisah ini? Amat memeranjatkan apabila kita melihat seekor kucing bersikap seperti ini dalam kisah kami kali ini. Pada mulanya, jiran-jiran di situ menyangka yang kucing itu akan melakukan sesuatu yang sangat jahat, tetapi apabila mereka mengekorinya, mereka menyedari apa sebenarnya yang berlaku. Jom baca kisah ini!
Anjing vs Kucing
Anjing biasanya dikenali sebagai haiwan yang tenang, penyayang dan bergantung kepada latihan oleh pemiliknya, ia setia dan suka menolong. Anjing juga sentiasa mahu bermain atau suka bermalasan di atas sofa dan dibelai. Kucing, tidak seperti anjing, agak garang, tidak begitu manja melainkan ia mahukan sesuatu. Kucing juga suka bebas dan mereka boleh menghabiskan masa berhari-hari jauhnya dari rumah. Mereka biasanya tidak mahu bermain dengan pemiliknya. Walau bagaimanapun, kedua-dua haiwan ini sangat popular sebagai haiwan peliharaan.
Bergaduh macam anjing dan kucing
- Iklan -
Terdapat satu ungkapan lama yang mentakrifkan hubungan antara anjing dan kucing dengan baik sekali: “Mereka bergaduh umpama anjing dan kucing.” Ungkapan ini dikatakan apabila dua orang itu tidak serasi dan sering bergaduh antara mereka. Anjing tidak boleh melihat kucing tanpa mengejarnya dan kucing pula akan menyerang anjing jika ia merasa terancam. Walau bagaimanapun, kalau kena dengan gayanya, terdapat beberapa pengecualian dan ada juga banyak kes di mana mereka sering berbaik antara satu sama lain.
- Iklan -