Gambar Percutian Yang Paling Teruk

- Iklan -

Kita semua suka pergi bercuti. Tiada seorang pun di planet ini yang tidak memerlukan rehat. Ketika berasa tertekan sama ada ketika berada di rumah atau penat bekerja, berehat dan pergi bercuti buat seketika juga sudah mencukupi untuk kita kembali berasa lebih baik dan segar. Namun, ia tidak selalunya indah. Jom kita lihat gambar percutian teruk orang lain. Mereka ini telah mengalami detik yang teruk (dan sedikit lucu) ketika mereka menikmati percutian mereka.

1. Alamak, dia salah faham!

gambar bercuti di paris
Sumber: Doithouses.com

Terdapat salah faham yang besar di sini. Ia berlaku semasa pasangan itu bercuti ke Paris. Ini sememangnya salah satu gambar percutian paling tidak menyenangkan yang pernah kami lihat. Gadis ini menyangka lelaki itu telah melutut dan melamarnya, tetapi apa yang dia mahu lakukan hanyalah untuk mengikat tali kasutnya. Kekok, bukan?

2. Snek percuma untuk si anjing laut

- Iklan -

gambar memancing lucu
Sumber: Doithouses.com

Ketika melakukan aktiviti memancing, kamera ini telah merakam satu peristiwa yang menakjubkan. Lelaki ini telah menangkap seekor ikan kuning yang besar dan ingin merakam detik tersebut. Namun, seekor anjing laut yang lapar merebut peluang ini untuk mendapatkan makanan percuma ketika lelaki ini cuba mengambil gambar. Ia ternyata satu foto percutian yang menakjubkan!

- Iklan -