Pangkalan Laut dan Kapal Selam Yang Paling Pelik Di Dunia

1440

3. Kapal Selam Jerman U-352

kapal karam
Sumber: Dailysportx.com

Kapal Selam Jerman U-352 juga dikenali sebagai bot U Jenis VIIC. Ia memulakan tugas ketenteraannya pada tahun 1942 di bawah Wolfpack sebagai sebahagian daripada Kriegsmarine dalam Pertempuran Atlantik. Ia kemudiannya berjaya ke North Carolina di mana ia cuba untuk menembak SS Freden tetapi tidak berjaya.

Ia musnah pada 7 April 1942, selepas melepaskan tembakan ke arah kumpulan Pengawal Pantai A.S., menyangka yang ianya adalah kapal dagang yang menceroboh. Kapal selam itu ditembak dan tenggelam ke dasar lautan selepas ditembak. Tempat bangkai kapal selam masih menjadi tempat selam skuba yang popular kerana terdapat terumbu tiruan dan ikan berwarna-warni di situ.

4. Pangkalan Laut The Guzz

- Iklan -

pangkalan laut
Sumber: Dailysportx.com

Terdapat satu “tanah perkuburan” tentera yang terbiar terletak di luar Plymouth, England. Pangkalan ini dipanggil Guzz, dan ia agak menakjubkan. Ia penuh dengan kapal laut yang dahulunya canggih yang digunakan untuk membentuk armada kapal selam nuklear semasa Perang Dingin. HMNB Devonport kini menjadi tempat simpanan sedozen kapal selam seperti HMS Courageous, HMS Victorious, HMS Vanguard, HMS Tireless dan Conqueror.

Enjin nuklear yang ada padanya masih utuh sehingga kini. Britain memutuskan untuk menyimpannya berhampiran kawasan perumahan, jadi anda boleh bayangkan mengapa penduduknya tidak gembira dengan potensi bahaya yang mungkin boleh disebabkan oleh kapal-kapal tersebut. Ia pernah menjadi sebahagian daripada sistem Pertahanan Perang Dingin Tentera Laut, tetapi ia mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk berhampiran!

- Iklan -