Pangkalan Laut dan Kapal Selam Yang Paling Pelik Di Dunia

1782
kapal selam lama
Sumber: Dailysportx.com

Setiap kapal tentera mempunyai kisah yang tersendiri untuk diceritakan kepada umum. Kita memang akan menjadi lebih ingin tahu apabila kita berpeluang melihat kapal selam lama yang telah ditinggalkan. Kadangkala, sukar untuk kita mempercayai cerita tentang jentera tentera ini, seperti yang akan kami ceritakan kepada anda sebentar lagi.

Penciptaan mesin ini boleh dikatakan sebagai satu keajaiban di dunia. Sebahagian daripada kapal selam lama ini telah ditemui di sepanjang pantai, manakala ada juga yang ditemui dalam terowong yang gelap dan menyeramkan. Ia telah digunakan semasa Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin untuk operasi rahsia ketenteraan. Jika anda adalah seorang penggemar sejarah, jom baca!

1. Pangkalan Tentera Laut Soviet

- Iklan -

kapal tentera
Sumber: Dailysportx.com

Pulau Simushir adalah sebahagian daripada kepulauan yang tercipta dek aktiviti gunung berapi dan ianya terletak sekitar 250 batu dari pantai Jepun. Jika anda melihatnya secara sekilas pandang, tiada siapa yang akan menyangka bahawa pulau terbiar ini dipenuhi dengan runtuhan lama yang menjadikannya kelihatan seperti sarang penjahat. Dahulu, Kesatuan Soviet menggunakan bahagian utara pulau ini sebagai pangkalan rahsia untuk kapal selam mereka sebelum mereka meletupkan laluannya pada akhir 70-an.

Tentera Soviet telah membina bandar di sekitar pangkalan ini, yang menjadi tempat kediaman lebih 3,000 orang pada waktu itu. Terdapat tiga dok untuk kapal selam, dan salah satu daripadanya masih utuh sehingga hari ini. Kapal itu digunakan untuk menanam bahan letupan dan lombong di utara Jepun. Pangkalan itu juga pernah berfungsi sebagai pusat radar. Pada masa kini, satu-satunya peninggalan tentera yang ada hanyalah lukisan mural, papan tanda, peta lama dan kapal selam terbiar…

2. Kapal Selam Explorer

kapal selam
Sumber: Dailysportx.com

Explorer mempunyai kisah yang lebih tragis. Ia telah dicipta oleh seorang pencipta Jerman bernama Julius H. Kroehl dan seorang pencipta Amerika bernama Ariel Patterson. Ia adalah salah satu hasil seni jentera dalam air pertama dan kapal selam pertama yang boleh pergi sedalam 100 kaki selama berjam-jam. Enam anak kapal boleh dimuatkan di dalam kapal selam Explorer ini. Ia pada asalnya dibangunkan untuk Syarikat Pacific Pearl yang berpangkalan di Brooklyn dan bukan untuk kegunaan tentera!

Malangnya, pencipta tidak mengetahui cara penyahmampatan boleh menjejaskan tubuh manusia, jadi ia berakhir dengan bencana. Anggota krew mengalami “mampatan” dan meninggal dunia. Kroehl sendiri adalah yang pertama mati selepas melakukan pemanduan percubaan. Mereka akhirnya mengabaikan kapal itu disebabkan masalah tersebut. Ahli arkeologi James Delgado adalah orang pertama yang menemuinya mereput di laut Panama.

- Iklan -