Sebab Tragis Mengapa Seorang Lelaki Bertukar Menjadi Warna Biru Selamanya

960

Seorang lelaki berkulit biru yang terkenal di dunia, Paul Karason, atau dikenali sebagai Papa Smurf, adalah seorang lelaki berkulit pucat, berbintik-bintik dan berambut merah. Pada tahun 2000-an, dia telah menjadi bintang sensasi di Internet dan muncul di banyak program rancangan TV di mana dia bercakap secara terbuka tentang penyakit kulitnya. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda mengapa Karason boleh bertukar menjadi warna biru dan bagaimana kisahnya patut menjadi pengajaran buat kita semua dalam usaha mencari dan menggunakan rawatan alternatif untuk mengubati penyakit kita.

Menggunakan koloid perak

lelaki kulit biru
Sumber: Kuffer.hu

Paul Karason mengalami masalah kesihatan kulit yang menyebabkan kulitnya mengelupas, dan dia juga mengalami arthritis dan refluks asid yang agak teruk. Dia mencari jalan bagaimana dia boleh menyelesaikan masalah ini dan akhirnya menemui koloid perak, iaitu satu larutan cecair perak. Kalau anda hendak tahu, cecair perak koloid telah digunakan secara meluas sebagai antibiotik sebelum penciptaan penisilin pada tahun 1930-an. Ia diharamkan sebagai ubat tanpa preskripsi pada tahun 1999 selepas para saintis mendapati yang cecair ini boleh merosakkan organ dalaman secara serius.

Merawat masalah artritis

- Iklan -

paul karason
Sumber: Kuffer.hu

Karason meminumnya selama lebih daripada 10 tahun kerana dia menyangka ia adalah ubat ajaib! Dia juga menggunakan formulasi perak itu pada kulitnya dan mendakwa bahawa refluks asid dan arthritisnya telah dapat diubati sepenuhnya. “Saya mengalami sakit sendi di bahu saya sehingga saya tidak dapat menanggalkan baju-T saya. Selepas menggunakan cecair itu, sakit sendi saya hilang,” katanya. Namun, apabila larutan perak itu terkumpul di dalam kulitnya, kulitnya bertukar biru. Akibatnya, dia mengalami penyakit kekal dan jarang ditemui dipanggil Argyria!

- Iklan -